POLITIK > BERITA

Lebih 190 Bekas Ahli Kembali Sertai UMNO Bahagian Masjid Tanah

18/05/2026 11:01 AM

ALOR GAJAH, 18 Mei (Bernama) -- Lebih 190 bekas ahli UMNO Bahagian Masjid Tanah kembali ke pangkuan parti itu menerusi inisiatif “Rumah Bangsa” di sini malam tadi.

Kesemua mereka menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Makan Malam “Sireh Pulang Ke Gagang” yang diadakan di kediaman beliau di Kampung Pulau, Masjid Tanah.

Ab Rauf yang juga Ketua Menteri Melaka berkata kesemua yang kembali itu terdiri daripada bekas ahli UMNO daripada pelbagai cawangan di bawah bahagian Masjid Tanah.

“Jadi saya mengalu-alukan penyertaan semula mereka ke dalam UMNO Bahagian Masjid Tanah ini dan mengucapkan terima kasih kepada usaha ini kerana mereka kembali semula ke landasan perjuangan yang sebenar untuk membina sebuah kekuatan bangsa.

“Saya tengok pada malam ini mereka begitu bersemangat untuk kembali bersama dalam perjuangan ini, sekali gus bersedia untuk menjadi jentera parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita.

Rumah Bangsa ialah inisiatif penyatuan semula UMNO yang diperkenalkan oleh Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyatukan orang Melayu dan menerima kembali bekas ahli menyertai parti itu

Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala penggal DUN bagi sesi ini dijangka berakhir pada Disember depan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan