POLITIK > BERITA

Kongres Tahunan PKR Ditangguh Ke 14 Hingga 16 Ogos - Fahmi

07/06/2026 09:59 AM

BATU PAHAT, 6 Jun (Bernama) -- Kongres Tahunan PKR yang dijadualkan pada bulan ini ditangguhkan kepada 14 hingga 16 Ogos, bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan PKR Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan itu, dibuat dalam mesyuarat bulanan Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang diadakan di sini, hari ini.

Beliau berkata kongres yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Jun itu, akan tetap diadakan di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

“Penangguhan ini dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiapsiagaan dalam menghadapi PRN yang bakal berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata mesyuarat turut melantik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebagai naib presiden parti.

“Pelantikan ini bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti pada peringkat pusat,” katanya.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan