WAFI 2024 Dibuka Di Daerah Pinggu, Beijing

15/10/2024 03:07 PM

BEIJING, 15 Okt (Bernama) -- Pada pagi 11 Oktober, 2024, Persidangan Inovasi Pertanian Makanan Sedunia 2024 (WAFI 2024) telah dibuka dengan penuh megah di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Tasik Jinhai di daerah Pinggu, Beijing. Hampir 800 tetamu kehormat dari 76 buah negara dan wilayah, termasuk ahli sains terkenal, presiden universiti, pendidik, usahawan, dan wakil muda yang cemerlang di dalam sektor pertanian, telah berkumpul bersama untuk memberi tumpuan kepada tema perubahan iklim dan transformasi bagi sistem pertanian makanan.

Mereka telah berkongsi pencapaian terkini di dalam inovasi pertanian, membincangkan cabaran hadapan di dalam bidang sains dan teknologi pertanian, dan mempertimbangkan langkah-langkah untuk menangani perubahan iklim dan hala tuju untuk transformasi masa depan bagi sistem makanan global. Persidangan itu bertujuan untuk menggalakkan inovasi di dalam dasar dan model teknologi sains pertanian dunia, memupuk pemacu baharu untuk pembangunan pertanian global, memperdalam kerjasama di kalangan industri, ahli akademik dan penyelidikan, dan menggalakkan penyebaran bagi pencapaian, menyumbang kebijaksanaan dan kekuatan untuk menjaga keselamatan makanan global.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan