Pementasan Karya Agung Teater Asy Syura Semarakkan Teater Negeri Perlis

21/10/2024 02:28 PM

KANGAR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perlis akan mementaskan Teater Asy Syura karya Tan Sri Johan Jaafar pada 25 dan 26 Oktober 2024 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Auditorium, Kompleks JKKN Perlis.

Pementasan hari pertama akan diserikan dengan kehadiran YAB Tuan Mohd Shukri bin Ramli, Menteri Besar Perlis bersama isteri. Turut hadir bersama menyaksikan pementasan teater ialah YB Puan Wan Badariah binti Wan Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis dan YBrs. Puan Salmiyah binti Ahmad, Pengarah Bahagian Bimbingan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan