CIMB Artober Pamer Lebih 1,000 Karya Seni; Memartabat Kedudukan Seni Di Malaysia

25/10/2024 10:51 AM

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB” atau “Kumpulan”) kembali dengan CIMB Artober Art & Soul, acara tahunan yang meraikan seni, budaya dan gaya hidup, bermatlamat untuk menyokong dan memperkasa komuniti seni tanah air seterusnya meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai hab seni dan budaya bertaraf dunia. Pameran seni ini diadakan dari Jumaat, 25 Oktober hingga Ahad, 27 Oktober di Dewan 1, Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (“MITEC”), Kuala Lumpur, dan masuk adalah percuma.

CIMB Artober dijalankan bagi mengetengahkan minda kreatif dan artistik Malaysia dengan lebih 1,000 karya seni menarik dipamerkan oleh lebih 100 artis seni, diwakili oleh 20 galeri tempatan termasuk Taksu, Sareng, Segaris, Galeri Puteh dan banyak lagi. Selain itu, pameran seni ini juga akan mempamerkan 30 karya seni penting oleh The AFK Collection, koleksi berkualiti hasil kerja generasi pertama artis kontemporari Malaysia yang didedikasikan untuk memelihara dan memdokumentasikan seni kontemporari di negara ini. Koleksi itu akan turut mempersembahkan karya seni transformatif Fauzan Omar, salah seorang artis kontemporari yang disegani di Malaysia.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan