KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kepimpinan dalam pengurusan keselamatan sinaran kini diberi penekanan besar dalam memastikan pematuhan kepada Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304). Dalam usaha ini, Agensi Nuklear Malaysia mengadakan Seminar Kesedaran Keselamatan Sinaran bagi Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) dengan fokus kepada pentingnya peranan OBTL dalam mengawal keselamatan sinaran di tempat kerja.
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr. Rosli Darmawan berkata, “Sebagai OBTL, tanggungjawab yang dipikul adalah besar iaitu memastikan setiap amalan berkaitan sinaran dalam organisasi dijalankan mengikut piawaian keselamatan yang ketat dan mematuhi Akta 304, atau lebih dikenali sebagai Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. Akta 304 ini bukan sekadar garis panduan, tetapi menjadi asas utama yang mengawal selia penggunaan tenaga atom dan bahan radioaktif di Malaysia. Kepatuhan kepada akta ini bukan sahaja wajib, malah tidak boleh dikompromi. Dengan kepatuhan yang tinggi, kita dapat mengurangkan risiko sinaran, melindungi kesihatan awam serta memelihara alam sekitar daripada ancaman sinaran yang tidak terkawal.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial