NEW YORK & CALI, Colombia, 30 Okt (Bernama) -- Dengan kerjasama kerajaan Colombia, Veea (NASDAQ: VEEA), perintis pertama ke pasaran dalam rangkaian berbilang akses konvergen hiper dengan keselamatan siber dipacu AI, sedang bekerjasama dengan O.N.E. Amazon dan AECOM untuk memasang atur penyelesaian berbilang dimensi yang maju dari segi teknologi terdiri daripada pengkomputeran pinggir-awan hibrid dan produk komunikasi di kawasan pemuliharaan yang dilindungi Kerajaan Colombia. Matlamat memasang atur ini ialah untuk memantau dan menganalisis kesihatan hutan hujan dan menghubungkan setiap hektar secara digital bagi menyampaikan manfaat ekonomi dan sosial yang mampan kepada komuniti luar bandar. Inisiatif “Internet Hutan” ini menegaskan komitmen setiap entiti terhadap Matlamat Pembangunan Mampan PBB yang bertujuan menggalakkan kemakmuran sambil melindungi planet ini.
Menurut Inter-American Development Bank, “Biodiversiti dan ekosistem mengalami penurunan pada peringkat global dan tekanan yang membawa kepada penurunan tersebut semakin menjadi-jadi, memerlukan tindakan segera bagi memulihkan kehilangan alam semula jadi dan mengelakkan kepupusan besar-besaran ke-6 (IPBES, 2019). Terdapat penurunan purata global sebanyak 69% dalam populasi spesies sejak tahun 1970 - Amerika Latin dan Caribbean berada pada kedudukan paling atas dalam senarai dengan penurunan 94% yang membimbangkan (WWF, 2022).” Rangka kerja teknologi termaju IoF direka bentuk bukan sahaja bertujuan membantu memelihara ekosistem Chiribiquete, taman negara terbesar di Colombia dan tapak Warisan Dunia UNESCO, tetapi juga untuk mendedahkan nilai intrinsik satu daripada sumber semula jadi yang paling penting di planet ini, mencari pengurusan mampan dan perlindungan hutan hujan Amazon bagi generasi akan datang.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial