GENTING HIGHLANDS, 11 Nov (Bernama) -- Pahang kini memperkukuh barisan kepimpinannya dalam sektor awam dengan pendekatan inovatif melalui Program Kepimpinan Inovatif & Transformasi Digital yang dilancarkan 6 November 2024. Program ini, hasil kolaborasi antara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang di bawah inisiatif GovX Pahang 1st, memberi tumpuan kepada penerapan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing negeri.
Berlandaskan tema "Mengemudi Kepimpinan Masa Depan: Inovasi, Kecemerlangan Perkhidmatan, dan Transformasi Digital," program ini menyasarkan integrasi teknologi dalam kepimpinan untuk mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan. Seramai 35 peserta yang terdiri daripada ketua jabatan dan pegawai kanan telah hadir, termasuk wakil-wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang, dan beberapa agensi lain yang memainkan peranan penting dalam pentadbiran negeri.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial