KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) bersama 10 syarikat Francais Malaysia dijadualkan akan menyertai program MIHAS@Dubai anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bermula 18 hingga 20 November ini di Dubai World Trade Centre. Antara syarikat francais Malaysia yang akan menyertai program ini adalah CheeseU, CIC Where Leaders Are Born, Coolblog, Irispro, Marrybrown, Mokti’s, Muzart, Secret Recipe, US Pizza dan Q-Dees.
Misi Perdagangan Francais ke Dubai dengan tujuan memperluaskan peluang pasaran dan memacu pertumbuhan usahawan francais Malaysia di peringkat antarabangsa selain untuk mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial