SINGAPURA, 20 Nov (Bernama) -- Pemenang Anugerah Seni Bina Keluli BlueScope ASEAN pertama telah diumumkan di acara makan malam gala di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 November lalu. Beberapa badan industri yang dihormati — Persatuan Arkitek Siam di bawah Perlindungan Diraja (ASA), Thailand, Ikatan Arsitek Indonesia (IAI), Universiti Seni Bina Ho Chi Minh City (UAH), Kumpulan Media ACG Malaysia dan AustCham Singapura — bekerjasama dengan NS BlueScope untuk menganjurkan program anugerah ini bagi meraikan penggunaan keluli yang paling inovatif dan kreatif dalam pelbagai projek seni bina di seluruh rantau ini.
Terdapat lima kategori anugerah, dengan satu pemenang dipilih dari projek yang disenarai pendek dalam setiap kategori. Syarikat-syarikat dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam mengambil bahagian, dengan finalis ASEAN dipilih daripada keseluruhan 14 projek yang memenangi pertandingan kebangsaan masing-masing. Projek dinilai berdasarkan Kecemerlangan Rekaan, Inovasi dan Kemampanan, dengan juri memberi markah untuk pelbagai ciri dari segi daya estetik hingga kepada kefungsian dan kecekapan, dengan fokus khusus kepada cara projek-projek tersebut memberi manfaat kepada komuniti tempatan mereka.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial