Konsert 'Tribute To P.Ramlee'

20/11/2024 02:45 PM

KUCHING, 20 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak akan menganjurkan Konsert ‘Tribute To P.Ramlee’ pada 22 - 23 November 2024 (Jumaat – Sabtu) bertempat di Dewan Majma Tunku Abdul Halim Muadzam Shah, Kuching Sarawak. Program yang dilaksanakan selama 2 hari ini akan dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi sebagai tetamu kehormat bagi konsert tersebut.

Program ini merupakan program penyemarakkan karya seni, sastera, teater warisan dan karya agung yang dianjurkan dengan beberapa objektif utama untuk menghargai warisan seni seniman agung, Tan Sri P. Ramlee, yang telah memberi sumbangan besar kepada industri seni negara. Ia juga bertujuan mengenang jasa dan sumbangan P. Ramlee dalam bidang muzik, filem, dan seni persembahan, serta memastikan legasi beliau terus hidup dalam hati rakyat Malaysia.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan