PCG Mencatatkan LAT Sebanyak RM762 Juta Pada 3Q 2024 Disebabkan Kerugian Pertukaran Mata Wang Asing Yang Tidak Direalisasi

20/11/2024 03:36 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Kerugian Selepas Cukai (LAT) sebanyak RM762 juta untuk suku ketiga Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember 2024 (3Q 2024). LAT tersebut kebanyakannya didorong oleh kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi atas penilaian semula hutang di Pengerang Petrochemical Company Sdn. Bhd. (PPC) dan penilaian semula pinjaman pemegang saham kepada PPC. Pada suku tersebut, Dolar AS (USD) merosot berbanding Ringgit Malaysia (MYR) daripada 4.721 pada 30 Jun 2024 kepada 4.107 pada 30 September 2024. Keuntungan Selepas Cukai (PAT) Kumpulan dianggarkan pada RM352 juta, jika tidak termasuk kesan kerugian pertukaran mata wang asing,

PPC ialah syarikat usaha sama 50:50 antara PCG dan Saudi Aramco yang terletak di Pengerang Integrated Complex (PIC) di Johor. Kompleks ini terdiri daripada empat loji polimer dan satu loji glikol dengan kapasiti reka bentuk secara keseluruhan sebanyak 3.0 juta tan metrik setahun. Fasiliti-fasiliti tersebut telah menyelesaikan ujian prestasi pada 3Q 2024, lebih awal dari operasi komersialnya yang disasarkan pada akhir tahun 2024. PPC ialah syarikat mata wang fungsian USD dan kelemahan USD berbanding MYR baru-baru ini telah mengakibatkan kerugian pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi setelah penilaian semula hutang berjumlah RM536 juta, yang direkodkan oleh PCG. Selain itu, PCG telah menyediakan pinjaman pemegang saham yang didominasikan dalam USD kepada PPC yang juga terdedah kepada pertukaran mata wang asing yang tidak direalisasi berjumlah RM492 juta, disebabkan pergerakan pertukaran mata wang asing yang tidak menguntungkan. Jumlah kerugian pertukaran mata wang asing pada 3Q 2024 ialah RM1.1 bilion dan ini termasuk kerugian pertukaran mata wang asing daripada operasi- operasi lain berjumlah RM86 juta.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan