Monsha'at: Biban 2024 Mempercepatkan Transformasi Keusahawanan Saudi Dengan Perjanjian Bernilai Lebih SAR 10.6 Bilion

26/11/2024 02:06 PM

RIYADH, Arab Saudi, 26 Nov (Bernama) -- Small and Medium Enterprises General Authority Kerajaan Arab Saudi, Monsha'at telah mengambil satu lagi langkah penting ke arah membentuk semula landskap keusahawanan Arab Saudi, berikutan pengumuman 16 perjanjian bernilai lebih SAR 10.6 bilion pada hari keempat Biban24.

Memperluaskan usaha berterusannya untuk memperkasakan usahawan Saudi dan memperkukuh infrastruktur PKS kerajaan tersebut, Monsha'at juga secara rasmi mengumumkan pelbagai pilihan perjanjian untuk memperuntukkan portfolio kewangan yang besar untuk membiayai komuniti usahawan Arab Saudi yang berkembang pesat. Ini merangkumi portfolio bernilai SAR 3.1 bilion, dengan kerjasama Tayseer Finance; serta portfolio bernilai SAR 2 bilion dengan Lendo Company. Monsha'at juga mengumumkan portfolio SAR 1 bilion dengan Tarmeez Capital. Perjanjian ini bertujuan sepenuhnya untuk menyediakan PKS dengan batu loncatan ke arah kejayaan serta memudahkan alatan dan sumber penting yang lebih lancar dan sedia diakses.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan