BOAO, China, 2 Dis (Bernama) -- Persidangan Antarabangsa Boao ketiga mengenai Kajian Dunia Sebenar bagi Produk Perubatan telah diadakan dengan jayanya dari 23 hingga 24 November di Boao di Wilayah Hainan, China. Acara itu telah menarik lebih 800 orang peserta, termasuk wakil daripada organisasi antarabangsa, agensi kawal selia bagi ubat-ubatan dan peranti perubatan, institusi perubatan terkemuka, institut penyelidikan dan universiti terkemuka, dan syarikat farmaseutikal dan peranti perubatan multinasional.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kajian dunia sebenar telah mendapat perhatian meluas daripada agensi kawal selia di seluruh dunia bagi peranan kritikal mereka di dalam penilaian dan kelulusan bagi ubat-ubatan dan peranti perubatan. Di samping itu, data dunia sebenar telah semakin diiktiraf sebagai satu sumber penting di dalam menyokong pembuatan keputusan kawal selia di peringkat global.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial