KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil maklum mengenai isu pelaksanaan hukuman sebatan syariah di luar penjara yang dijalankan di Terengganu baru-baru ini. Dalam perkara ini, IKIM ingin memperkukuhkan pendirian dan memberikan penjelasan berdasarkan panduan Prosedur Operasi Standard (SOP) terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan agensi berkaitan.
Hukuman Sebatan Dalam Kes Khalwat Bukan Hudud Tetapi Ta’zir
IKIM menegaskan bahawa hukuman sebatan ke atas kes khalwat yang dijalankan bukanlah sebahagian daripada hukum hudud seperti yang sering disalah tafsir oleh sesetengah pihak. Hukuman tersebut tergolong dalam kategori ta’zir iaitu hukuman yang ditentukan oleh pihak berkuasa berdasarkan ijtihad dan budi bicara selaras dengan maqasid syariah.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial