Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025

23/01/2025 11:47 AM

KUALA LANGAT, 23 Jan (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2025 pada 8 Februari 2025 (Sabtu), jam 5.30 petang – 11.00 malam di Perkarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom, Selangor.

Berbanding tahun lepas dimana, sambutan perayaan ini telah diadakan di salah satu pusat membeli belah terkemuka di Selangor iaitu di IOI City Mall, Sepang dengan kehadiran pengunjung sekitar 25,500 orang. Tahun ini sambutan akan berlangsung di Perkarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom bersempena dengan Pesta Tanglung dan Pameran Bunga-Bungaan yang bermula pada 25 Januari hingga 12 Februari 2025 yang meliputi kawasan seluas 38 ekar. Antara daya tarikan utama adalah “tanglung raksasa” berukuran 22 meter yang diinspirasikan daripada Lagenda Ular Putih selain itu turut dipamerkan “tanglung Selangor” yang berukuran 28 kaki yang bertemakan tahun ular. 

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan