Larangan Jualan Produk Makanan Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Dan Tiada Maklumat Pengeluar Pada Label

23/01/2025 02:22 PM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ingin menegaskan bahawa status keselamatan produk-produk makanan di pasaran termasuk produk makanan yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, sibutramine, dexamethasone dan prednisolone sentiasa dipantau dari semasa ke semasa. 

Hasil pemantauan terkini yang dijalankan oleh PKKM mendapati bahawa produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan. Sibutramine merupakan sebatian kimia yang bertindak di otak sebagai penyekat rasa lapar atau selera makan (appetite suppressant) yang digunakan di dalam kebanyakan produk bagi tujuan menguruskan badan. Ubat ini merupakan bahan terlarang yang tidak lagi berdaftar dengan KKM.  

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan