KKM Tegas Pantau Limau Mandarin dan Jamin Keselamatan Pengguna Sempena Tahun Baru Cina

27/01/2025 10:24 AM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited dalam memastikan keselamatan makanan adalah terjamin terutamanya semasa musim perayaan utama negara seperti Tahun Baru Cina.

Dalam hal ini, KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) telah melaksanakan pemantauan khas bagi limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di semua 70 buah pintu masuk negara yang telah dilakukan bermula November 2024 bagi memastikan semua limau mandarin yang memasuki negara ini mematuhi standard yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM 1985), Akta Makanan 1983. Selain itu, KKM turut menjalankan operasi khas di seluruh negara yang dinamakan Ops Tahun Baru Cina bermula 19 Januari sehingga 1 Februari 2025 untuk memastikan makanan yang dijual di pasaran adalah selamat dan mematuhi kehendak Akta Makanan 1983.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan