CIMB SUMBANG RM3.6 JUTA UNTUK MEMACU IMPAK SOSIAL POSITIF BAGI 9,000 PENGHUNI PPR

10/02/2025 12:10 PM

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB”) mengukuhkan matlamatnya dalam memperkasa pelanggan dan masyarakat dengan inisiatif menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) (“Program”) di empat Projek Perumahan Rakyat (“PPR”) sekitar Lembah Klang, iaitu Bukit Jalil, Lembah Subang, Perumahan Awam Seri Selangor, dan Seri Alam. Di bawah Program ini, CIMB telah memperuntukkan RM3.6 juta selama dua tahun, bagi memacu impak jangka panjang dan positif untuk kira-kira 9,000 penghuni PPR, dengan mengukuhkan pembinaan kapasiti, menawarkan peluang peningkatan kemahiran, menyediakan akses pendidikan berkualiti, serta memupuk kehidupan yang mampan.

Santuni MADANI merupakan inisiatif kerajaan yang melibatkan pemimpin dari pelbagai Kementerian Persekutuan, Agensi, Jabatan, Badan Berkanun, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”) bagi merapatkan jurang sosioekonomi dalam kalangan golongan yang kurang mendapat perkhidmatan.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan