Insiden Kanak-kanak Tercekik Gula-gula 'Gummy' Berbentuk Mata

24/02/2025 10:48 AM

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menzahirkan rasa simpati dan ucap takziah kepada keluarga pelajar berumur 10 tahun yang tercekik selepas memakan gula-gula ‘gummy’ berbentuk mata dan telah meninggal dunia seperti yang dilaporkan di pelbagai platform media.

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) ingin memaklumkan bahawa saiz atau bentuk sesuatu makanan adalah tidak dikawal di bawah Peraturan-Peraturan Makanan (PPM) 1985, Akta Makanan 1983 kecuali bagi “konfeksi jeli terkawal” dengan saiz dan bentuk yang berdiameter kurang atau sama dengan 45 milimeter hendaklah dilabel dengan “AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK” dan perkataan “TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN”.

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan