PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), penyedia rangkaian pembayaran nasional dan infrastruktur kewangan pusat, telah mencatat kejayaan luar biasa dengan kempen PayNet Digital Campus 3.0 (PDC3.0) yang menghasilkan 24 juta transaksi merentasi institusi pengajian tinggi di seluruh Malaysia.
Inisiatif ini melibatkan 30 institusi, termasuk 25 universiti awam (UA) dan lima institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), dan menandakan pengembangan ketara berbanding edisi sebelumnya. PayNet telah menyalurkan dana tajaan berjumlah RM1.02 juta kepada universiti-universiti yang mengambil bahagian antara bulan Ogos dan September 2024 untuk menganjurkan inisiatif pembayaran digital di kampus masing-masing.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial