Bai‘ah dalam Islam: Kefahaman yang Seimbang dan Berlandaskan Prinsip Syariah

30/12/2025 03:31 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Islam mengiktiraf bai‘ah sebagai amalan yang berasaskan sunnah Rasulullah SAW. Bai‘ah berfungsi sebagai ikrar kesetiaan dan komitmen untuk mengukuhkan perpaduan, memelihara keharmonian dan menyusun kehidupan bermasyarakat berteraskan nilai agama, sebagaimana ditunjukkan melalui Bai‘ah Aqabah dan Bai‘ah Ridhwan. Para ulama menjelaskan bahawa bai‘ah mutlak hanya khusus kepada Rasulullah SAW, manakala bai‘ah selepas kewafatan Baginda terikat dengan maqasid syariah, keadilan dan kemaslahatan umum. Prinsip ini sejajar dengan hadis sahih yang menegaskan bahawa ketaatan tidak dibenarkan dalam perkara maksiat kepada Allah, justeru bai‘ah tidak boleh difahami sebagai ketaatan tanpa batas.

IKIM berpandangan bahawa kekeliruan terhadap konsep bai‘ah timbul apabila  difahami di luar kerangka keilmuan dan tradisi Islam muktabar. Dalam beberapa keadaan, bai‘ah boleh disalah tafsir sehingga dikaitkan dengan tuntutan ketaatan melampaui batas syariah termasuk apabila bai’ah itu berpotensi memberi kesan terhadap orang lain tanpa asas syarak dan tidak selari dengan ajaran Islam.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan