GUANGZHOU, China, 9 Mac (Bernama) -- Guangdong, ekonomi wilayah terbesar di China dan hab utama pembuatan global, merancang untuk memperkukuh tumpuannya terhadap teknologi baharu seperti robotik, komunikasi 6G dan pengkomputeran kuantum ketika negara itu bersiap melaksanakan rancangan pembangunan ekonomi lima tahun yang seterusnya.
Pegawai dari wilayah selatan itu menggariskan keutamaan mereka dalam satu sesi terbuka bersama wartawan pada 6 Mac di sela-sela Mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaan di Beijing, sidang parlimen tahunan negara tersebut. Huang Kunming, Setiausaha Parti Komunis bagi Guangdong, berkata wilayah itu berhasrat memainkan peranan peneraju dalam pembangunan ekonomi dan teknologi China sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun ke-15 (2026–2030).
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial