KUALA LUMPUR, Malaysia, 1 April (Bernama) -- Airwallex, platform kewangan dan pembayaran global terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia bagi penerbitan e-wang dan lesen Kelas A. Dengan lesen ini, Airwallex dapat menyediakan rangkaian lengkap perkhidmatan pembayaran di Malaysia. Ini memperkasa syarikat-syarikat untuk berkembang dan berjaya merentas sempadan, di samping membolehkan perniagaan di seluruh dunia beroperasi dengan lebih lancar dalam pasaran ekonomi dinamik ini.
“Malaysia ialah pasaran strategik bagi Airwallex, dan kelulusan ini membolehkan kami membawa keseluruhan infrastruktur kewangan kami kepada perniagaan di lapangan,” kata Arnold Chan, Pengurus Besar, Asia Pasifik (APAC), Airwallex. “Kami teruja untuk menyokong perniagaan tempatan untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, serta memainkan peranan dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pertumbuhan serantau dan global.”
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial