UOB Malaysia Dan PAAB Lancar Program Pembiayaan Vendor Untuk Perkukuh Rantaian Bekalan Infrastruktur Air

06/04/2026 12:24 PM

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 April (Bernama) -- UOB Malaysia dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor UOB-PAAB (Program) yang bertujuan meningkatkan akses pembiayaan untuk pembekal dan vendor dalam ekosistem rantaian bekalan PAAB. Selaras dengan pelancaran Program tersebut, Bank akan menyediakan pembiayaan kepada vendor PAAB yang menyertai kemudahan Aku Janji Pembayaran Tak Boleh Batal Pembiayaan Pembekal (Supplier-Financing Irrevocable Payment Undertaking atau SF-IPU).

Di bawah Program ini, para vendor yang kebanyakannya terdiri daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), berada dalam kedudukan lebih baik untuk mendapat pembiayaan, menjadikannya lebih mudah bagi mereka dipilih untuk projek baharu. Program ini juga menawarkan fasiliti pembiayaan yang dipermudahkan selepas penghantaran. Berlandaskan aku janji pembayaran projek PAAB, Program ini menawarkan pembiayaan tanpa berbantuan yang kompetitif bagi membantu vendor menguruskan aliran tunai dengan lebih baik, mengurangkan kekangan kewangan sambil mengekalkan kesinambungan operasi.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan