RAS EL HEKMA, Mesir, 19 Mei (Bernama) -- Modon Holding yang berpangkalan di Abu Dhabi dan Montage Hotels & Resorts mengumumkan Montage Ras El Hekma, yang bakal memperkenalkan kediaman berjenama pertama untuk pembelian di Ras El Hekma di pesisir Mediterranean Mesir. Ini merupakan resort Montage pertama di Mesir, sekali gus menyokong pertumbuhan bandar baharu itu sebagai hab global bagi sektor riadah, perniagaan dan pelancongan.
Montage Ras El Hekma akan menampilkan 200 bilik tetamu dan suite, selain 96 Montage Residences, serta menawarkan gabungan kemudahan kesejahteraan dan riadah yang dipilih khas, termasuk lagun pantai yang sesuai untuk berenang, Spa Montage dengan 13 bilik rawatan dan enam lokasi menjamu selera, di samping pengalaman runcit dan aktiviti berorientasikan keluarga. Direka sebagai teras pengalaman komuniti yang lebih luas, resort itu turut dilengkapi ruang acara, kawasan laman dan teres luar yang luas, serta Owners’ Clubhouse khusus yang melengkapi persekitaran kediaman persendirian.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial