CYBERJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Universiti Cyberjaya (UoC) mencatatkan kadar bekerja graduan (Graduate Employability, GE) sebanyak 95.2% dan kadar Kebolehpasaran Graduan (Graduate Marketability, GM) sebanyak 95.1% menerusi Kajian Pengesanan Graduan 2025 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sekali gus mengukuhkan kedudukan institusi tersebut sebagai pengeluar bakat yang bersedia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.
Kadar GE yang diperoleh daripada kohort seramai 599 graduan mengukur peratusan graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh tertentu selepas tamat pengajian. Sementara itu, kadar GM melibatkan kohort lebih besar seramai 1,011 graduan yang merangkumi mereka yang bekerja, melanjutkan pengajian atau mengikuti latihan sekaligus mencerminkan daya saing graduan berdasarkan jangkaan semasa majikan. Pencapaian melebihi 95% bagi kedua-dua ukuran ini meletakkan UoC antara institusi berprestasi tinggi dalam landskap pendidikan tinggi negara.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial