NEW YORK, 22 Mei (Bernama) -- Marquee Brands, syarikat pengurusan jenama global unggul dan pemacu pertumbuhan jenama terkemuka, hari ini mengumumkan perjanjian muktamad bagi pegangan majoriti dalam Roberto Cavalli menerusi perkongsian strategik dengan DAMAC Group, konglomerat global berpangkalan di Dubai dan pemaju hartanah mewah terkemuka. Transaksi tersebut dijangka dimuktamadkan pada suku kedua 2026, selepas itu DAMAC Group akan kekal sebagai pemegang saham penting. Diasaskan di Florence pada 1970, Roberto Cavalli, jenama fesyen mewah ikonik yang terkenal dengan reka bentuk avant-garde serta ketukangan Itali yang tersendiri, menyertai portfolio jenama global malar segar milik Marquee Brands, termasuk Martha Stewart, Laura Ashley, Sur La Table, BCBGMAXAZRIA dan Stance. Penambahan Roberto Cavalli terus mengukuhkan kedudukan Marquee Brands sebagai peneraju dalam sektor mewah dan gaya hidup, dengan jumlah jualan runcit keseluruhan portfolio mencecah kira-kira AS$5 bilion.
“Roberto Cavalli merupakan antara jenama fesyen Itali yang mencorakkan gaya hidup mewah, dengan identiti kreatif yang berani serta nilai jenama yang kekal utuh,” kata Heath Golden, Ketua Pegawai Eksekutif Marquee Brands. “Kami melihat potensi luar biasa untuk terus membina asas itu menerusi pengurusan jenama yang teliti dan pengembangan strategik. Melalui perkongsian dengan DAMAC Group, peneraju dalam hartanah mewah, kami akan terus meningkatkan pengalaman Roberto Cavalli di seluruh dunia.”
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial