SINGAPURA, 18 Jun (Bernama) -- Boomi, syarikat pengaktifan data untuk AI, hari ini mengumumkan penyelidikan baharu yang ditauliahkan oleh Boomi dan dijalankan oleh Omdia, yang menunjukkan bahawa meskipun penggunaan kecerdasan buatan (AI) berkembang pesat di Asia Pasifik (APAC), sebilangan besar organisasi masih kekurangan seni bina data yang diperlukan untuk mencapai pulangan pelaburan (ROI) yang boleh diukur.
Tinjauan Omdia terhadap lebih 1,100 pembuat keputusan kanan teknologi dan perniagaan di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia dan Filipina mendapati bahawa 74% daripada mereka sudah melaksanakan inisiatif AI aktif. Sembilan daripada 10 responden percaya automasi yang didayakan AI akan membentuk semula proses perniagaan mereka secara ketara dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial