SUKAN > BERITA

Liga Super: Umeir Aznan Mahu Pikat Hati Ketua Jurulatih Sertai Kesebelasan Utama 

14/10/2024 05:44 PM

KOTA  BHARU,  14 Okt  (Bernama) -- Pemain pertahanan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) Umeir Aznan mahu  memikat hati Ketua jurulatih Park Jaehong untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan itu pada aksi Liga Super musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu berkata bagi mendapatkan kepercayaan Jaehong, beliau akan berusaha keras termasuk ketika sesi latihan untuk memastikan dirinya layak menentang pasukan Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Jumaat ini.

"Selepas sebelas perlawanan dilalui pasukan, saya hanya diturunkan sebanyak enam perlawanan dan sebagai pemain profesional, saya akan terus bersaing supaya tidak tercicir.

"Perlawanan menentang KL City adalah peluang bagi saya memikat hati jurulatih berikutan pemain utama pertahanan kami Michal Jerabek tidak dapat bermain kerana digantung satu perlawanan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Skuad Sang Kijang Emas ketika ini berada di kedudukan ke-12 daripada 13 pasukan yang bertanding dalam Liga Super dengan memperoleh enam mata hasil daripada dua kemenangan dan sembilan kekalahan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan