SUKAN > BERITA

ISN Perkukuh Ekosistem Sukan Dengan Pusat Satelit Di Universiti Awam

24/10/2024 10:34 PM

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) – Institut Sukan Negara (ISN) telah mewujudkan Pusat Satelit ISN bersama beberapa universiti awam bagi menyediakan perkhidmatan, penyelidikan dan kepakaran untuk ekosistem sukan di Malaysia.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya berkata pengiktirafan Pusat Satelit ini membuktikan komitmen ISN dalam membantu atlet negara dan negeri dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan ISN di lokasi-lokasi strategik di luar Kuala Lumpur.

Tujuh universiti yang terlibat dalam inisiatif ini ialah:

  1. Fakulti Sukan dan Sains Eksesais, Universiti Malaya (UM)
  2. Sports Innovation Technology Centre, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  3. Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  4. Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  5. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam
  6. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Arau, Perlis
  7. Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan