SUKAN > BERITA

Perak FC Tawar Bas Percuma Kepada Penyokong Saksi Pelawanan Menentang JDT Di SSI

05/11/2024 06:24 PM

IPOH, 5 Nov (Bernama) -- Perak FC menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada penyokong yang ingin menyaksikan perlawanan tertunda Liga Super antara The Bos Gaurus dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri di Johor pada 10 Nov ini.

Pengurusan Perak FC Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini memaklumkan penyokong berminat boleh menghubungi Sekretariat Perak FC untuk urusan pengambilan bas

"Pemegang tiket perlawanan sebelum ini boleh menebus tiket di kaunter yang disediakan, dan pemegang pas semusim juga dibenarkan masuk ke SSI bagi menyaksikan perlawanan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Perubahan venue perlawanan adalah atas faktor keselamatan dan teknikal, termasuk isu pencahayaan dan risiko hujan lebat yang boleh menangguhkan perlawanan. Perlawanan ini perlu diadakan untuk memastikan undian Piala Malaysia 2024/2025 dapat dilakukan mengikut jadual.

Perak FC memohon maaf atas sebarang kesulitan dan menggalakkan penyokong untuk hadir memberi sokongan.

Dua pertemuan Perak FC dengan JDT pada 17 Ogos dan 5 Okt yang sepatutnya berlangsung di Ipoh sebelum ini terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan