SUKAN > BERITA

Masters Jepun: Aaron-Wooi Yik Terkandas, Nur Azriyn-Wee Kiong Menyinar

14/11/2024 03:35 PM

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perjalanan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik di kempen Kumamoto Masters Jepun 2024 terhenti pada pusingan kedua selepas ditewaskan gandingan Taiwan Chiu Hsiang-Chieh-Wang Chi-Lin hari ini.

Pada aksi di Gimnasium Wilayah Kumamoto menyaksikan Hsiang-Chieh-Chi-Lin berhasil menundukkan Aaron-Wooi Yik yang merupakan pilihan keempat kejohanan 21-11, 21-13 dalam masa 26 minit. 

Keputusan itu menyaksikan harapan Aaron-Wooi Yik beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou tipis kerana pasangan itu perlu sekurang-kurang beraksi di separuh akhir Kumamoto Masters Jepun 2024 untuk mengumpul mata yang mencukupi. 

Minggu lepas, gandingan di kedudukan keenam dunia itu menjuarai Korea Masters 2024 dengan menewaskan pasangan tuan rumah Jin Yong-Kim Won-ho 21-23, 21-19, 21-14.

Sementara itu, Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong menyinar untuk menumpaskan rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi straight set 21-9, 23-21. 

Menanti Azriyn-Wee Kiong di kedudukan ke-40 dunia di suku akhir esok ialah Hsiang-Chieh-Chi Lin. 

Perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain Jepun Koki Watanabe 21-10, 16-21, 21-13. 

Jun Hao dijadual bertemu cabaran sukar Kodai Naraoka yang merupakan pilihan kedua kejohanan di suku akhir esok. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan