SUKAN > BERITA

Piala Malaysia: Aksi Kedua Sabah FC Diadakan Di Kuala Lumpur

19/11/2024 10:22 PM

KOTA KINABALU, 19 Nov (Bernama) -- Perlawanan kedua bagi pusingan 16 saingan Piala Malaysia melibatkan Sabah FC menentang PT Athtelic FC dijadual pada 27 Nov ini dan bakal diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Pengurus Besar Sabah FC Mohd Joh Wid berkata ini berikutan venue asal di Stadium Likas di sini tidak dapat digunakan kerana menjadi gelanggang bagi “South East Asean (SEA) Youth Athletic Championship 2024”.

“Tiket fizikal akan mula dijual semasa hari perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur bermula 12.00 tengah hari manakala semua pas bermusim boleh digunakan di pintu utama stadium.

“Perlawanan akan bermula pada 8.30 malam dan Sabah FC memohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Beliau berharap semua penyokong setia yang berada di Semenanjung, khususnya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang dapat hadir bersama-sama memberikan sokongan padu kepada Skuad Badak.

Perlawanan pertama bertemu PT Athletic FC itu juga bakal diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dijadual pada 5 petang, 23 Nov. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan