SUKAN > BERITA

Eain Yow Peroleh Perspektif Baharu Selepas Berlatih Di Amerika Syarikat

20/11/2024 04:24 PM

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow mendedahkan, meluangkan lebih banyak masa berlatih di Amerika Syarikat bersama Shaun Moxham dan Hadrian Stiff telah memberikan perspektif baharu yang membolehkan beliau menunjukkan peningkatan ketara dalam sukan berkenaan.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata beliau masih berhubung dengan jurulatihnya di Bristol, England untuk mendapatkan maklum balas penting mengenai corak permainannya.

“Pasukan kejurulatihan saya masih sama, saya hanya menghabiskan lebih banyak masa di Amerika Syarikat ketika ini. Saya rasa ia sangat membantu, memperoleh sesuatu yang segar (dan) baharu.

“Saya rasa saya melakukan perkara yang betul. Saya tidak perlu berasa panik (kerana), kadang-kadang mudah hilang fokus apabila saya (menentang) lima pemain terbaik dunia. Walaupun saya kalah, kami bekerja keras sekali lagi, melupakan kekalahan itu dan bangkit semula,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Eain Yow mempamerkan salah satu aksi terbaiknya ketika menewaskan pemain Mesir Youssef Soliman 11-7, 11-7, 11-7 untuk merangkul gelaran juara kategori lelaki pada Piala Skuasy Malaysia 2024, 17 Nov lepas. 

Ia adalah kemenangan kedua di tempat sendiri selepas kali terakhir melakukannya pada Terbuka Malaysia 2019. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan