PETALING JAYA, 26 Nov (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyertai Kejohanan Golf Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) 2024 di Tropicana Golf & Country Resort di sini hari ini.
Kejohanan berkenaan menarik 102 peserta dari seluruh negara, mempamerkan semangat persaudaraan, bersaing secara sihat dan menanam kecintaan terhadap golf.
Rastam Ariffin Ahmad Khairuddin meraih gelaran kategori lelaki dengan 41 mata manakala Ruth Cabalero muncul juara wanita selepas mengumpul 37 mata.
Berucap pada acara itu, Presiden NPC Datuk Ahirudin Attan menzahirkan terima kasih atas sokongan luar biasa yang diterima.
"Sudah 10 tahun berlalu sejak kali terakhir kami menganjurkan kejohanan golf, dan saya sangat teruja melihat ia kembali dengan kejayaan yang cemerlang.
“Hal ini tidak akan mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada pihak penaja, rakan kongsi, dan peserta yang telah berganding bahu untuk menjadikan acara ini satu kenangan manis," katanya.
Pada masa sama, Ahirudin tidak menolak kemungkinan bahawa kelab itu akan meneruskan kejohanan berkenaan pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial