KUALA NERUS, 20 Dis (Bernama) -- Terengganu FC (TFC) perlu memastikan gawang mereka tidak dibolosi pada perlawanan suku akhir kedua saingan Piala Malaysia berdepan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, malam esok.
Pengendali skuad Penyu Badrul Afzan Razali berkata pada masa sama anak buahnya juga perlu bersedia kemungkinan terpaksa berkasi dalam keadaan cuacan buruk memandangkan musim Monsun Timur Laut (MTL) masih belum berakhir.
“Saya harap Abe (Muhammad Rahadiazli Rahalim) dapat bermain dengan baik dan fokus. Kita tak mahu lepaskan gol walaupun dah ada bekalan dua jaringan.
“Keadaan padang basah agak merisaukan. Saya harap pemain dapat bersedia dengan apa jua kemungkinan. Di Melaka tempoh hari kita bermain dalam hujan dan akhirnya tak dapat menjaringkan gol,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak.
Pada masa sama, bekas pemain tengah TFC itu turut berharap dua jentera serangan Nelson Bonilla dan Ismaheel Akinade mampu lebih tajam melakukan serangan ke arah gawang lawan.
“Untuk perlawanan kedua tiada rombakan…saya masih kekalkan kesebelasan utama ketika perlawanan pertama. Pemain juga tiada yang cedera kecuali Suhaimi (Suhaimi Husin) yang mengalami kecederaan Ligamen Kolateral Medial (MCL)," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial