SUKAN > BERITA

Disiplin Tinggi Gandingan China Jadi Aspirasi Tang Jie-Ee Wei

24/12/2024 03:54 PM

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengakui kagum dengan disiplin tinggi diamalkan pemain beregu campuran China, Zheng Si Wei sehingga membawa kepada pelbagai kejayaan cemerlang.

Si Wei yang bersara bulan lepas selepas tamat saingan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 telah meraih pelbagai gelaran bersama pasangannya, Huang Ya Qiong termasuk pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 dan tiga gelaran kejohanan dunia. 

“Mereka adalah pasangan kelas dunia dan banyak perkara yang kami belajar daripada mereka sebelum ini. 

“Saya harap kami boleh belajar bukan sahaja sikap profesionalisme ditunjukkan Si Wei di dalam gelanggang, tetapi juga di luar,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini.

Si Wei-Ya Qiong menewaskan Tang Jie-Ee Wei 21-18, 14-21, 21-17 dalam perlawanan akhir jelajah itu yang berlangsung di Hangzhou, China.

Menjelang musim 2025, Ee Wei berharap untuk fokus dalam memberikan prestasi terbaik di Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung dari 7 hingga 12 Jan ini di Axiata Arena.

Justeru, pemain berusia 24 tahun itu bertekad untuk tidak mensia-siakan peluang beraksi di gelanggang sendiri.

Sementara itu, Tang Jie berharap apabila beliau dan Ee Wei bersara suatu hari nanti, mereka akan diberi penghargaan daripada peminat sama seperti diterima pemain China itu.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan