KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Selamat datang kepada ketua jurulatih baharu kami Yeoh Kay Bin. Kay Bin, bekas pemain kebangsaan membawa bersama pengalaman luas sebagai jurulatih di dalam dan luar negara. Beliau menyertai pasukan ini untuk meneruskan kemajuan karier Zii Jia ke fasa seterusnya,” menurut satu hantaran di X @TeamLZJ hari ini.
Untuk rekod, Kay Bin merupakan naib juara Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru.
Pada 6 Dis, Team LZJ mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng bakal meninggalkan pasukan untuk memulakan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya.
Tat Meng yang membimbing Zii Jia meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, terus berkhidmat dengan pasukan sehingga kontraknya tamat secara rasmi pada 31 Dis.
Kay Bin bakal menjadi jurulatih ketiga yang membimbing perjalanan karier Zii Jia, menggantikan Tat Meng dan Indra Wijaya dari Indonesia, selepas juara All-England 2021 itu membuat keputusan menjadi pemain profesional pada 2022.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial