SUKAN > BERITA

Atlet Silambam Malaysia Raih 12 Emas, Juara Keseluruhan Kejohanan Asia

28/12/2024 07:36 PM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.

Presiden Persatuan Silambam Malaysia Dr M. Suraess berkata enam atlet negara mempamerkan aksi cemerlang dengan masing-masing menyumbangkan dua emas menerusi kategori kemahiran individu dan tempur di Kompleks Sukan Doha.

Pemenang pingat emas itu terdiri Prakash dalam kategori lelaki terbuka melebihi 60 kilogram (kg), Shastivena untuk kategori perempuan bawah 17 tahun (55kg-65kg) serta Leenasree (30kg-40kg), Kavithira (45kg-55kg), Darnisha (55kg-65kg), dan Ranishaa (melebihi 70kg) dalam kategori perempuan bawah 15 tahun.

Dr Suraess berkata tuan rumah Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing menamatkan kejohanan di tempat kedua dan ketiga. Kejohanan itu turut disertai wakil dari India dan Arab Saudi.

“Kami mencipta sejarah dengan memenangi gelaran juara keseluruhan. Enam atlet kami yang pernah memenangi pingat di SUKMA Sarawak pada Ogos lepas turut mengambil bahagian.

“Majlis penutup diserikan dengan kehadiran Duta Besar Malaysia ke Qatar Mohammad Faizal Razali  yang turut menyampaikan trofi juara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan