KUALA NERUS, 15 Jan (Bernama) -- Pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Akhyar Rashid sah menjadi milik kelab Terengganu FC (TFC) selepas beliau menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan itu, hari ini.
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB Mohd Sabri Abas berkata Akhyar yang sebelum ini merupakan pemain pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) telah memeterai kontrak sebagai pemain tetap bagi tempoh sehingga musim 2026/2027.
Beliau berkata perkara tersebut telah mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang merupakan pemilik kelab JDT.
"Kehadiran Akhyar telah memberi impak besar dalam meningkatkan kualiti pasukan TFC musim ini. Oleh itu, TFC telah membuat permohonan secara rasmi untuk menandatangani beliau secara tetap,” katanya.
Dengan pengumuman itu, pemain berusia 26 tahun berkenaan boleh beraksi menentang JDT pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Jumaat ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial