SUKAN > BERITA

Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin Juarai Terbuka India 2025 Bukti Semangat Juang Atlet Negara

19/01/2025 11:53 PM

KUALA LUMPUR,19 Jan (Bernama) -- Kejayaan beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil mengucapkan tahniah, Ahmad Zahid berkata kejayaan itu juga membuktikan ketabahan dan semangat juang luar biasa atlet negara.

“Teruskan momentum ini untuk mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa tahun ini. Well done, boys. Keep it up!,” katanya dalam hantaran di laman X hari ini.

Pada aksi final di New Delhi, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.

Hasil kemenangan tersebut, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631), manakala pasangan Korea Selatan itu menerima US$33,250 (RM149,836).

Kali terakhir beregu lelaki negara merangkul kejuaraan Terbuka India ialah pada 2010 menerusi gandingan Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan