KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Jurulatih skuad hoki dalam dewan lelaki kebangsaan Rodhanizam Mat Radzi berharap skuad bimbingannya mampu mencipta keputusan terbaik apabila memulakan kempen Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia esok.
Beliau berkata skuad negara sebelum ini telah menjalani beberapa aksi pemanas badan dan ia menjadi bekalan terbaik buat pemain sebelum memulakan aksi Kumpulan B, berdepan juara dunia tiga kali Jerman.
“Pemain 100 peratus bebas daripada kecederaan dan semangat mereka berada di tahap yang tinggi.
“Saya mengharapkan satu keputusan terbaik untuk pasukan, dan pemain akan berikan yang terbaik untuk perlawanan menentang Jerman esok,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi Konfederasi Hoki Malaysia hari ini.
Rodzhanizam turut berharap rakyat Malaysia dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada skuad negara sepanjang kempen Piala Dunia yang bermula esok hingga 9 Feb ini.
Selain Jerman, pasukan negara akan berdepan Argentina (4 Feb) dan Iran (6 Feb).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial