KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Skuad besbol5 (B5) negara optimis mampu menghadiahkan pingat buat kontinjen Malaysia pada Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini.
Pengurus pasukan Willieam Mah Choon How berkata keyakinan itu bersandarkan prestasi semasa skuad negara yang kini menghuni ranking pertama di Asia Tenggara.
Pada masa sama, pasukan B5 negara turut berada di kedudukan keenam Asia serta ke-17 dunia.
“Sasaran utama kami adalah Sukan SEA 2025 iaitu untuk memenangi pingat. Walaupun sasaran warna pingat belum ditentukan lagi, kami yakin mampu memenangi pingat.
“Sudah pasti cabaran utama akan hadir daripada tuan rumah Thailand dan Singapura,” katanya pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad B5 negara di Institut Sukan Negara (ISN) Bukit Jalil di sini hari ini, yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif ISN Dr P. Vellapandian.
Skuad B5 negara akan menyertai saingan Piala Asia Remaja B5 di Taiwan bermula 11 Mac ini, dengan meletakkan sasaran menduduki kelompok tiga terbaik bagi melayakkan diri ke Piala Dunia di Mexico serta Sukan Olimpik Remaja di Senegal tahun depan.
Pada kejohanan di Taiwan yang berlangsung secara liga sepusingan itu, skuad negara bakal berdepan Jepun, Taiwan, Korea Selatan, Thailand, Hong Kong dan Iraq.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial