KUALA TERENGGANU, 23 Mei (Bernama) -- Pemain import Terengganu FC (TFC) Argzim Redzovic mengakui ‘jodohnya’ bersama pasukan itu sudah berakhir.
Argzim berkata selepas enam musim mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) bersama skuad Penyu, kontraknya yang tamat pada April lepas tidak lagi disambung.
Pemain kelahiran Montenegro itu berkata walaupun sedih beliau amat berterima kasih kepada TFC yang memberi kepercayaan dan pengalaman indah selama berada di bumi Darul Iman.
“Saya terima dengan hati terbuka, tetapi agak sedih kerana Terengganu sudah menjadi rumah saya sekeluarga.
“Buat masa ini saya masih berada di Malaysia kerana dalam proses pemulihan daripada kecederaan ketika saingan Liga Super lepas,” katanya ketika dihubungi.
Argzim bagaimanapun berkata beliau agak terkilan kerana penantiannya untuk mendapatkan status sebagai pemain naturalisasi tidak kesampaian biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak pengurusan TFC.
Beliau berkata walaupun sudah mencecah usia 33 tahun, beliau masih belum berhasrat untuk bersara dan berharap agar dapat terus beraksi di kancah Liga-M musim depan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial