SUKAN > BERITA

Qurratu’ Ain Izdihar Raih Emas Kedua Di Kejohanan Boling Remaja Asia

29/07/2025 08:16 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jul (Bernama) -- Atlet boling muda negara Qurratu’Ain Izdihar Mohd Pozi terus mencipta sensasi di pentas antarabangsa apabila merangkul pingat emas keduanya pada Kejohanan Boling Remaja Asia ke-24 di Doha, Qatar.

Qurratu’Ain yang bergandingan dengan Adelia Nur Syazalee dalam acara doubles wanita hari ini, mempamerkan aksi bertenaga untuk muncul juara selepas merekodkan jumlah keseluruhan 2,440 jatuhan pin.

Catatan itu sekali gus meletakkan pasangan negara jauh di hadapan pesaing utama dari Taiwan, Yi Qing Ho dan Hsin Tsen Huang yang sekadar meraih pingat perak dengan 2,242 jatuhan pin.

Satu lagi pasangan dari Taiwan, Yo Rou Li dan Yun Ying Chen  melengkapkan kedudukan podium dengan 2,222 jatuhan.

Terdahulu pada Ahad, Qurratu’ Ain Izdihar mencipta kejutan apabila menewaskan wakil China, Li Yiru dengan kelebihan hanya satu jatuhan pin bagi menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam acara individu wanita.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan