KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Atlet para negara Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin membuktikan keunggulannya di pentas dunia dengan mengungguli pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Dunia 2025 di Rio de Janeiro, Brazil, semalam.
Atlet berusia 28 tahun itu yang beraksi dalam acara pecut 200 meter (m) kategori MC1 menjadi atlet pertama melintasi garisan penamat menewaskan pelumba Sepanyol Ricardo Ten Argiles dan atlet neutral Ivan Ermakov.
Ia merupakan pingat kedua diraih anak jati Kuala Kangsar, Perak itu selepas meraih perak acara 1 kilometer (km) kategori MC1.
Kejohanan yang bermula dari 16 Okt itu berlangsung selama empat hari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial