SUKAN > BERITA

Arif Aiman Atasi Doku, Ranking Keempat Statistik Gelecekan

03/01/2026 04:22 PM

 

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Pemain sayap Harimau Malaya Arif Aiman Mohd Hanapi sekali lagi melakar sejarah apabila menduduki ranking keempat dunia bagi statistik gelecekan dalam liga divisyen utama, menurut data dikeluarkan platform statistik bola sepak Sofascore.

Lebih membanggakan, tonggak Johor Darul Ta’zim itu merupakan satu-satunya pemain Asia berada dalam senarai tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu melakukan 224 gelecekan berjaya daripada 35 perlawanan, mengatasi Jeremy Doku dari Manchester City yang mencatatkan 212 gelecekan berjaya selepas beraksi dalam 52 perlawanan.

 Mengungguli kedudukan ialah bintang Barcelona Lamine Yamal yang merekodkan 307 gelecekan berjaya daripada 61 perlawanan diikuti pemain Brazil Guilherme Smith dengan 251 gelecekan dalam 25 penampilan.

Penyerang Honduras José Mario Pinto di tangga ketiga dengan 238 gelecekan berjaya daripada 53 perlawanan.

Arif Aiman kini menjalani tempoh rehat panjang selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan hamstring yang memerlukan beliau menjalani pembedahan dijalankan doktor sukan terkenal Lasse Lempaine.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan