SUKAN > BERITA

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2025-2026 Kekal - MFL

23/04/2026 06:33 PM

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2025-2026 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuching City FC di TM Stadium Nasional pada 23 Mei ini, kekal seperti musim lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL Mohd Shazli Shaik Mohd berkata meskipun berdepan dengan peningkatan kos penganjuran, pihak MFL masih mengekalkan harga tiket empat kategori utama.

“Struktur harga tiket masih sama seperti sebelum ini, dengan harga bermula RM50 dan RM70 bagi kategori General Admission. Selain itu, tiket Premium ditawarkan pada harga RM150 manakala VIP Grandstand berharga RM200.

“Dengan pengumuman awal harga tiket ini kami berharap penyokong JDT dan Kuching City FC dapat membuat persiapan awal dalam merancang perjalanan mereka ke TM Stadium Nasional untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Mohd Shazli berkata urusan penjualan tiket akan diuruskan sepenuhnya oleh kedua-dua pasukan finalis sama seperti sebelum ini.

“Kaedah ini dilihat lebih tersusun dan memberi peluang yang lebih adil kepada penyokong untuk mendapatkan tiket,” katanya.

Penyokong boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pembelian tiket menerusi pengumuman rasmi yang akan dibuat oleh pihak JDT dan Kuching City dalam masa terdekat.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan