SUKAN > BERITA

Piala Thomas: Misi Runtuhkan Tembok Besar China Menanti Malaysia Di Suku Akhir

30/04/2026 05:43 PM

Daripada Amiril Muttaqien Meketar

HORSENS (Denmark), 30 April (Bernama) -- Skuad badminton lelaki negara bakal berdepan laluan berliku selepas diundi bertemu juara bertahan China pada saingan suku akhir Piala Thomas 2026 di Forum Horsens, di sini esok.

Malaysia mara ke suku akhir selaku naib juara Kumpulan B manakala China pula layak ke peringkat sama sebagai juara Kumpulan A.

Keputusan undian hari ini juga menyaksikan Malaysia berpeluang membalas dendam ke atas juara 11 kali itu selepas tumpas 1-3 pada aksi separuh akhir edisi 2024 yang berlangsung di Chengdu.

Malaysia, juara lima kali memulakan kempen Piala Thomas kali ini dengan menang tipis 3-2 ke atas England, diikuti kemenangan 4-1 ke atas Finland sebelum tewas 2-3 kepada Jepun.

Dalam pada itu, tuan rumah Denmark yang merupakan naib juara Kumpulan C akan bertemu juara Kumpulan D Thailand.

Sementara itu, Jepun yang juga juara 2014 akan membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan D Perancis.

Juara Kumpulan C Taiwan yang mengintai peluang layak ke separuh akhir buat kali kedua berturut-turut akan menentang naib juara Kumpulan A dan juara edisi 2022 India.

Piala Thomas 2026 yang bermula 24 April lepas akan berlangsung hingga 3 Mei ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan